EUR/USD Meloncat Semula Dari Zon Kritikal $1.0400!

185

US dolar dilihat gagal untuk mengekalkan momentum pengukuhannya menuju penghujung minggu dengan penyusutan nilai ketara berlaku pada sesi New York semalam (Khamis).

Selain faktor aktiviti profit-taking yang dijangka berlaku pada penutup dagangan Jun semalam, penyusutan US dolar juga dilihat dipengaruhi oleh terbitan data indeks perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada sesi New York.

Selain itu juga, penurunan pada hasil bon 10 tahun AS di bawah paras 3.00% turut memberi tekanan terhadap US dolar.

Penyusutan US dolar telah kembali membuka ruang untuk kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat semula termasuk Euro.

Seperti yang diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah membuat penurunan ke zon support jangkaan pada 1.04000.

Zon tersebut turut diuji beberapa kali pada minggu pertengahan Jun lalu sebelum pasaran menyaksikan lantunan semula harga.

Situasi sama berlaku semalam apabila harga yang mencecah ke zon support tersebut kembali melonjak sekitar 100 pips menuju ke zon 1.05000.

Harga telah melonjak menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sebelum mendatar di penghujung sesi New York bersambung ke awal sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi zon 1.05000, turut melepasi halangan MA50 akan memberi petunjuk pergerakan bullish harga semula mengakhiri corak penurunan di awal minggu ini.

Kenaikan harga akan kembali semula ke zon rintangan 1.06000 untuk diuji setelah harga masih gagal menembusinya pada dagangan minggu ini dan minggu lalu.

Sebaliknya jika US dolar kembali mengukuh dan menekan semula harga susut lebih rendah, zon support pada 1.04000 sekali lagi akan menjadi tumpuan untuk diuji.

Melepasi penurunan di bawah zon tersebut akan mendorong harga catatkan paras terendah terbaru untuk tempoh dagangan 20 tahun, dengan sasaran seterusnya untuk menuju sekitar 1.03000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat