EUR/USD Tembus $1.0800, Paras Terendah Terbaru 6 Minggu

240

Ucapan bernada hawkish oleh gabenor Federal Reserve (Fed) Christopher Waller telah menyokong pengukuhan bagi mata wang US dolar menuju dagangan penghujung minggu selain data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang positif.

Menurut Waller, bank pusat tidak perlu tergesa-gesa untuk menurunkan kadar faedah dan mencadangkan dasar ketat ketika ini dikekalkan untuk tempoh yang lebih panjang.

Sementara, bacaan terakhir data pertumbuhan ekonomi AS untuk suku keempat 2023 lalu catatkan peningkatan berbanding ramalan untuk kekal seperti angka terdahulu.

Beberapa data lain termasuk data jualan rumah dan tinjauan keyakinan pengguna juga masing-masing catatkan angka yang lebih baik mengatasi ramalan.

Pengukuhan US dolar telah menekan beberapa mata wang utama seperti Euro dan pelabur memerhati pergerakan harga yang terjadi pada carta pasangan mata wang EUR/USD.

Penurunan ke paras terendah terbaru 6 minggu dipamerkan harga semalam selepas zon 1.08000 berjaya ditembusi.

Ada cubaan peningkatan semula harga di sesi New York semalam, namun harga mengakhiri dagangan sesi tersebut di bawah paras 1.08000 semula.

Garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu dilihat gagal untuk dilepasi dan harga cenderung untuk paparkan pergerakan bearish.

Penurunan perlahan harga di sesi Asia pagi ini (Jumaat) kembali hampiri paras terendah dicecah semalam sekitar 1.07750 dengan jangkaan penurunan lebih rendah akan diteruskan.

Sasaran adalah untuk menuju sehingga ke sekitar 1.07000 sekiranya US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan untuk menutup dagangan penghujung Mac ini.

Namun jika situasi berubah menyaksikan lonjakan harga berlaku semula, melepasi zon 1.08000 dan halangan MA50 akan menjadi pencetus awal untuk isyarat perubahan trend.

Pergerakan menaik bakal berlaku untuk harga mencapai paras ketinggian di awal minggu sekitar 1.08600 sebelum menuju sasaran pada zon tumpuan 1.09000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat