FIFA Lancar Platform NFT Di Algorand Menjelang Piala Dunia Qatar 2022

77

Badan persatuan bola sepak antarabangsa, FIFA tidak ketinggalan dalam melancarkan platform NFT FIFA+ Collect pada September dengan koleksi digital bertemakan bola sepak walaupun Piala Dunia 2022 di Qatar hanya tinggal dua bulan sahaja lagi untuk sepak mula.

Menurut FIFA, ciri-cirinya menampilkan NFT yang berpatutan, inklusif dan boleh diakses termasuklah menggambarkan detik bola sepak, seni serta imejan.

Ketika Piala Dunia akan berlangsung di Qatar pada akhir November, detik dari kejohanan bola sepak berprestij di dunia ini juga akan ditukar kepada koleksi digital.

Secara konteks, NFT merupakan token blockchain yang bertindak sebagai bukti pemilikan ke atas aset digital seperti seni, gambar profil atau item permainan video.

Oleh demikian, FIFA+ Collect akan dijalankan pada blockchain Algorand proof-of-stake Ethereum dan Solana alternatif yang dibangunkan oleh profesor MIT Silvio Micali, malah Algorand telah menjadi rakan kongsi blockchain rasmi FIFA sejak Mei lagi.

Sementelahan itu, Ketua Pegawai Perniagaan FIFA Romy Gai menyatakan bahawa NFT akan memberikan peluang besar kepada peminat di seluruh dunia untuk melibatkan diri dengan pemain kegemarannya, mengumpul detik-detik yang menarik serta banyak lagi.

Tambahnya lagi, butiran lanjut mengenai koleksi pelancaran FIFA+ Collect serta teaser jenis NFT yang bakal dilancarkan sepanjang Piala Dunia akan dimaklumkan tidak lama lagi, malah platform NFT tersebut akan disiarkan di FIFA+ iaitu platform organisasi yang menyiarkan permainan bola sepak secara langsung, berita dan permainan.

Dapat diterangkan disini juga, Algorand menjadi tajuk utama sejak awal tahun ini disebabkan memperoleh perkhidmatan perkongsian muzik digital Napster dan bekerjasama dengan LimeWire yang telah melancarkan pasaran NFT berteraskan muzik dengan menampilkan karya artis yang bernaung di bawah label Universal Music Group.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat