Fuh! Aset Kripto Di Tambat Nilai Emas Mula Jadi Tumpuan Bank

4,822

Institusi kewangan Switzerland dilaporkan telah melancarkan token emas untuk pemilikan digital emas fizikal. Platform perbankan aset kripto yang berpangkalan di Switzerland, SEBA Bank, telah mengumumkan pelancaran token digital baharunya yang disokong oleh emas fizikal.

Dalam pengumuman rasminya, bank itu telah menyatakan bahawa pemegang aset kripto (token) emas boleh menuntut pemilikan digital emas fizikal yang disimpan dalam peti besi Switzerland. SEBA mendedahkan bahawa token itu dikawal sepenuhnya dan diwujudkan berdasarkan piawaian ERC-20, iaitu beroperasi melalui blockchain Ethereum.

Bank itu seterusnya menambah bahawa tahap turun naik yang rendah bagi harga emas dan sifat terkawal token emas membolehkan ia digunakan sebagai aset stabil dalam perdagangan atau sebagai penyimpan nilai.

Bercakap mengenai pelancaran token itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank SEBA Guido Buehler berkata:

“Emas memainkan peranan utama dalam pasaran modal. Dengan jumlah pasaran melebihi USD 11 trilion, ia menawarkan pelabur lindung nilai yang boleh dipercayai terhadap inflasi dan simpanan nilai tanpa mengira pergolakan ekonomi. Dengan pelancaran Token Emas inovatif kami, kami mengukir sejarah ini untuk membolehkan pelabur memiliki sepenuhnya bentuk emas digital yang dikawal untuk kali pertama.”

Bank aset digital Switzerland itu menyatakan bahawa produk baharunya sangat berbeza dengan pelaburan derivatif emas tradisional kerana pemegang boleh membuat keputusan untuk menebus emas fizikal mereka pada bila-bila masa sahaja tanpa menanggung kos penyimpanan.

Tambah Buehler lagi, “Ia boleh ditebus secara fizikal terus atas permintaan pada bila-bila masa sahaja, token emas kami menambah pemilikan emas untuk pelabur dan menyediakan penyelesaian yang kos efektif untuk memiliki aset yang sesuai untuk tujuan dalam ekonomi baharu,”.

Berdasarkan pengumuman tersebut, pengeluaran dan penjagaan token emas akan diuruskan oleh SEBA Bank, yang sudah mempunyai lesen perbankan dan peniaga sekuriti.

Bank itu berkata, pelancaran token emasnya telah dibangun setelah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan logam yang terkemuka, Argor-Heraeus, dan syarikat blokchain, aXedras. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan penggunaan logam berharga dengan menyediakan kos penyelesaian yang berkesan, selamat dan mudah untuk melabur dalam emas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat