Fuh, Data ADP Bulan Disember Catat Bacaan Lebih Tinggi Dari Jangkaan! Adakah Ini Petunjuk Yang Baik?

653

Pengambilan jumlah pekerja dalam sektor swasta meningkat dengan kadar yang lebih cepat daripada yang dijangkakan pada bulan Disember. Ini secara tidak langsung membawa petunjuk bahawa pada penutupan tahun 2023, pasaran pekerjaan A.S kekal kukuh berdasarkan laporan ADP pada hari Khamis.

Gaji swasta meningkat sebanyak 164,000 untuk bulan itu, peningkatan yang besar dari yang telah dinilai semula kepada 101,000 pada November dan lebih baik daripada anggaran 130,000 daripada konsensus Dow Jones.

Pemulihan dalam sektor perlesenan dan hospitaliti menjadi pendorong utama terhadap lonjakan itu dengan penambahan sebanyak 59,000. Hotel, restoran, bar telah menjadi penyumbang dalam penciptaan pekerjaan selepas terjejas di awal pandemik Covid-19. Waima begitu penciptaan pekerjaan dalam industri ini perlahan dalam bulan-bulan terakhir. Sektor ini juga menjadi faktor  dalam peningkatan gaji, dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 6.4%.

Sektor pembinaan pula menyumbang 24,000 kepada jumlah keseluruhan, manakala kategori perkhidmatan lain dan perniagaan sokongan lain yang menambah 22,000 pekerjaa. Aktiviti kewangan pula meningkat sebanyak 18,000 pekerjaan. Hanya ada beberapa kategori yang menurun dalam bulan tersebut, dengan sektor pengilangan berkurang sebanyak 13,000 dan perkhidmatan maklumat dan sumber semula jadi termasuk perlombongan kedua-duanya mengalami penurunan sebanyak 2,000.

Disisi yang berbeza kadar pertumbuhan pendapatan dilaporkan perlahan lagi, dengan pasaran pekerja melihat peningkatan pendapatan tahunan sebanyak 5.4% manakala penukar pekerjaan melihat pendapatan meningkat 8%, lapor ADP. Dari segi saiz, syarikat kurang daripada 50 pekerja menyumbang dengan 74,000 pekerjaan baru.

Data ADP dikeluarkan sehari sebelum data NFP, dimana data tersebut lebih diperhatikan oleh Jabatan Buruh, dan dua laporan ini boleh berbeza disebabkan oleh perbezaan dalam metodologi. Pakar ekonomi yang ditemui oleh Dow Jones mengharapkan pertumbuhan pekerjaan bukan pertanian Disember sebanyak 170,000, selepas catat bacaan 199,000 pada November, yang hampir dua kali ganda daripada anggaran ADP.

Pegawai Federal Reserve memerhatikan laporan pekerjaan dengan teliti untuk petunjuk mengenai pasaran buruh dan kesanannya terhadap inflasi. Menurut minit yang dikeluarkan pada hari Rabu dari mesyuarat Disember Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, panel penentuan kadar bank pusat, parap penggubal melihat pasaran buruh menjadi lebih seimbang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat