GBP/USD Bakal Terjun Lagi Menjelang NFP Malam Ini?

1,159

Dagangan Sterling kembali mencatatkan siri penurunan semula selepas matawang tersebut berjaya mengukuh pada dagangan minggu lalu. Isu Brexit akan terus mempengaruhi pergerakan harga buat GBP dengan tarikh rasmi pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) semakin hampir.

Dagangan GBP berbanding USD merekodkan kejatuhan terbesar mingguan dalam tempoh tujuh minggu dagangan pada Khamis selepas sumber dari Britain dan Kesatuan Eropah melaporkan rundingan Brexit menemui jalan yang buntu.

Pegawai perundingan EU telah menolak cadangan terbaru pelan Brexit berkenaan isu sempadan Ireland oleh Peguam Britain, Geoffrey Cox di Brussels pada Selasa dan memberitahu beliau untuk merencanakan semula pelan cadangan sebelum kembali dibentangkan pada hari ini.

Matawang USD pula masih bergerak stabil sementara pasaran menunggu laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada jam 9.30 malam ini.

USD pada dagangan minggu ini dilihat berjaya mengukuhkan nilai matawangnya berikutan data-data ekonomi di Amerika Syarikat yang mencatatkan bacaan yang positif memberi isyarat bahawa pertumbuhan ekonomi berada dalam keadaan yang baik.

Pertambahan pekerjaan untuk bacaan bulan Februari dijangkakan akan mencatatkan angka yang lebih rendah daripada pertambahan bulan sebelumnya. Tetapi, jangkaan pada kadar purata pendapatan di Amerika Syarikat adalah meningkat di samping kadar pengangguran yang turut dijangka menurun.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD semalam, harga yang menguji zon RBS (resistance become support) sekitar paras 1.31200 dilihat telah berjaya menembusi paras tersebut sebelum mencecah ke paras tumpuan pada 1.30700.

Penurunan harga semalam itu juga dilihat telah berjaya melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line.

Dagangan hari ini berkemungkinan melihatkan harga menguji semula paras RBS 1.31200 berhampiran paras Magic Pivot hari ini sebelum harga kembali meneruskan penurunan jika USD berjaya meneruskan siri pengukuhannya.

Namun, jika harga kembali membuat kenaikan semula, jangkaan destinasi yang menjadi tumpuan harga adalah pada sekitar resistance 1.32000 atau paras 1.3229 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line.

Lihat gambar chart GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan juga paras tumpuan harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko pada posisi dagangan dengan baik.

Paras support: 1.3037, 1.2994, 1.2920.

Paras resistance: 1.3155, 1.3229, 1.3272.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat