GBP/USD Jatuh Semula Selepas Paras $1.2500 Gagal Dilepasi

110

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di pembukaan awal minggu semalam dilihat masih mengekalkan corak penurunan walaupun berlaku kenaikan harga di sesi Eropah.

Susulan data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan baik di sesi New York, telah menyokong pengukuhan US dolar sekaligus memberi tekanan kepada Pound.

Dapat diperhatikan harga pada mulanya berjaya membuat kenaikan sehingga ke paras 1.25000, namun kenaikan lebih tinggi tidak bejaya diteruskan sebelum harga berundur turun semula.

Harga juga dilihat menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu dan gagal menembusinya, memberi isyarat trend bearish akan berterusan.

Pelabur akan memerhatikan laporan data pekerjaan UK yang akan diterbitkan di awal sesi Eropah hari ini (Selasa) yang dijangka akan mempengaruhi pergerakan Pound.

Di sesi Asia pagi ini, penurunan harga masih diteruskan melihatkan harga berlegar di paras terendah minggu lalu sekitar 1.24300.

Trend bearish dijangka akan diteruskan untuk harga seterusnya menguji zon 1.24000 dan reaksi harga di sekitar tersebut akan diperhatikan.

Jika tembus melepasinya, penurunan bakal dilanjutkan lagi dengan jangkaan harga untuk menuju pula 1.23000 untuk rekod terendah terbaru tahun ini.

Sementara, jika harga melantun naik semula ke atas, sekali lagi paras 1.25000 dijangka untuk diuji sebagai rintangan semasa buat harga.

Melepasi rintangan tersebut dan juga halangan MA50 akan mencadangkan kenaikan lebih tinggi selepas isyarat perubahan trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat