GBP/USD Masih Teruskan Kenaikan, Capai Paras Tertinggi Terbaru 7 Minggu!

396

Walaupun pergerakan harga yang dijangka kekal perlahan pada penutupan dagangan 2021 ini, namun tidak menghalang Pound untuk terus paparkan prestasi yang positif sebelum memasuki tahun 2022.

Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya dikekalkan sehingga Khamis semalam apabila mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi untuk tempoh dagangan 7 minggu.

Harga sedikit melepasi paras rintangan 1.35000 yang dicapai pada hari Rabu sebelumnya dan mencapai paras sekitar 1.35200 kemudian susut semula dan perlahan di sekitar 1.35000 sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat).

US dolar yang masih kehilangan arah pergerakannya pada minggu ini memberi peluang untuk Pound mengekalkan momentum positif dengan perkembangan terbaru Brexit berkenaan isu perairan antara EU dan UK.

Walau bagaimanapun, pelabur tetap berwaspada untuk kemungkinan harga boleh menjunam semula pada hari terakhir 2021 dengan pelbagai faktor yang merisiko posisi dagangan seperti aktiviti pengambilan untung (profit-taking).

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD dilihat masih menjadi petunjuk menyokong harga untuk kekal bergerak dalam trend bullish.

Momentum kenaikan dilihat semakin perlahan, namun sasaran kenaikan adalah pada ketinggian 1.35700 jika Pound berjaya mengukuh pada penutup dagangan 2021 ini.

Namun sekiranya harga gagal untuk kekal bergerak di atas paras 1.35000, penurunan harga boleh berlaku dengan jangkaan harga menuju paras sokongan terhampir sekitar 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat