GBP/USD Melantun Naik Lepas Cecah Paras Terendah 7 Minggu!

241

Lonjakan ketara harga berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan Rabu semalam susulan US dolar yang kembali bergerak lemah.

Ini disebabkan pasaran memberi tumpuan kepada ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang mengulangi nada dovish sebelum ini berkenaan dasar monetari.

Kitaran pengetatan dasar dilihat berada di penghujungnya dan ahli mesyuarat FOMC juga bersetuju untuk bank pusat beralih ke arah pelonggaran dasar selepas ini.

Walaupun data-data yang diterbitkan di sesi New York semalam seakan memberi sokongan kepada US dolar, namun mata wang itu alami penyusutan berikutan kenyataan oleh Powell tersebut.

Justeru, diperhatikan pada carta GBP/USD lonjakan hampir 100 pips yang telah menembusi paras penting pada 1.26000.

Di awal minggu harga telah membuat penurunan ke sekitar 1.25400 sebelum harga pulih semula dari paras terendah terbaru 7 minggu yang dicecahnya itu.

Isyarat awal diperhatikan untuk perubahan trend bullish dengan pergerakan perlahan harga di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.

Kemudiannya lonjakan berlaku di sesi New York dengan ketinggian harga dicapai di penghujung sesi sekitar 1.26500.

Harga kekal mendatar di ketinggian tersebut sehingga sepanjang dagangan sesi Asia hari ini (Khamis) dengan jangkaan kenaikan lebih tinggi akan diteruskan pada sesi-sesi berikutnya.

Kenaikan harga dilihat akan menguji rintangan pada zon 1.27000 dan reaksi harga akan dinilai untuk isyarat pergerakan selanjutnya.

Jika tembus dengan kukuh, kenaikan harga bakal diteruskan untuk sasaran yang beralih pada zon 1.28000 pula.

Namun jika tidak berlaku kenaikan sebaliknya harga kembali susut ke bawah semula, paras 1.26000 akan diuji dan berkemungkinan mampu menjadi support semasa buat harga.

Jika harga susut lebih rendah di bawah paras itu, pergerakan bearish harga sebelum ini bakal diteruskan dengan paras terendah minggu ini 1.25400 mampu dicecah sekali lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat