GBP/USD Mendatar Atas $1.2600 Sepanjang Minggu Terakhir Mac

180

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat mengekalkan corak mendatar sehingga penutup penghujung minggu lalu sekaligus menamatkan dagangan Mac dan juga suku tahun pertama 2024.

Sepanjang minggu lalu harga sekadar mendatar di atas zon 1.26000 selepas paparkan corak bearish pada minggu sebelumnya.

Pasaran akan memerhatikan petunjuk terbaru yang akan mempengaruhi US dolar untuk arah pergerakan yang lebih jelas.

Dengan itu, laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tumpuan utama pada minggu ini.

Selain NFP, data-data lain seperti JOLTS dan tinjauan ISM turut akan menjadi pemacu arah untuk dagangan di awal pembukaan April ini.

Pada carta GBP/USD, pelabur ingin mengetahui jangkaan kekuatan mata wang minggu ini khususnya US dolar untuk menentukan kecenderungan harga selepas keluar dari zon mendatar sebelum ini.

Sekiranya US dolar mengukuh, harga bakal membuat penurunan lebih rendah berkemungkinan melepasi sokongan di paras 1.26000.

Penurunan lanjut harga yang diteruskan dijangka menuju sasaran tumpuan berikutnya pada sekitar 1.25000.

Namun, jika kenaikan harga pula yang dipaparkan selepas terus bertahan di atas zon 1.26000, kenaikan akan menuju sekitar 1.27000 sebagai rintangan terhampir untuk diuji.

Seterusnya, barulah kenaikan lebih tinggi boleh diteruskan untuk mencapai kembali zon penting yang berada pada ketinggian 1.28000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat