GBP/USD Sasar Ketinggian Terbaru 9 Bulan Jika Lepasi Paras $1.2400!

129

Pound Sterling antara mata wang yang mempamerkan prestasi cemerlang minggu ini dengan lonjakan nilainya diteruskan lagi pada dagangan Rabu semalam.

Ini menyusuli terbitan data inflasi UK pada sesi Eropah semalam selepas data pekerjaan diberi tumpuan terlebih dahulu pada Selasa.

Kadar inflasi tahunan UK tepati ramalan untuk sedikit turun kepada 10.5%, namun pasaran masih melihat paras tersebut adalah kekal tinggi.

Ini bakal mendorong bank pusat England (BOE) untuk meneruskan pengetatan dasarnya sekaligus menyokong peningkatkan pada nilai Pound.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah berjaya meningkat melepasi rintangan pada 1.23000 dan menguji sasaran zon 1.24000.

Kenaikan harian dicatatkan sekitar 180 pips semalam dengan pergerakan harga masih kekal dalam trend bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.

Setelah menguji ketinggian 1.24000, harga kembali susut semula menuju ke penghujung dagangan sesi New York dan menutup sekitar 1.23400.

Pergerakan harga berkemungkinan perlahan di sesi Asia namun dijangka akan menyambung corak kenaikan pada sesi-sesi berikutnya.

Kenaikan yang diteruskan akan menguji kembali zon 1.24000 sebelum menuju ke sasaran terbaru pada ketinggian 1.25000.

Sekiranya melepasi 1.24000 dan mencapai ketinggian 1.25000, harga bakal merekodkan paras tertinggi terbaru 7 bulan.

Namun waspada sekiranya corak mula berubah dengan harga mula membuat penurunan di bawah paras 1.23000 semula.

Turut melepasi paras sokongan MA50 akan menjadi petunjuk pergerakan bearish yang akan mendorong harga menuju kembali ke zon tumpuan sebelum ini pada 1.22000.

Penurunan lebih rendah boleh mencecah semula sekitar 1.21000 yang telah menjadi paras sokongan harga pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat