GBP/USD Susut Ke Paras Terendah 3 Minggu, Cecah $1.2000

175

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semakin jelas menunjukkan corak penurunan menuju pengakhiran dagangan minggu ini.

Ini adalah tekanan terhadap mata wang Pound sementara US dolar mula mendapat rentak pengukuhan walaupun pada tempo yang agak perlahan.

Data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) serta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan bacaan yang memberangsangkan, sedikit sebanyak mengubah pergerakan US dolar yang mendatar sebelum ini.

Jika diperhatikan, harga pada carta GBP/USD yang telah berjaya melepasi paras sokongan pada 1.21000 telah meneruskan penurunan lebih rendah hingga mencecah 1.2000 pada sesi New York semalam.

Namun, harga kembali mendatar perlahan di zon support penting itu bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Masih menunjukkan isyarat pergerakan bearish, harga kekal bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut mendorong jangkaan penurunan ke paras lebih rendah lagi hari ini.

Sekiranya harga menyambung penurunan melepasi support 1.2000, harga bakal menuju ke beberapa sasaran seperti paras 1.19400 dan 1.18800 untuk catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Namun, sebaliknya jika harga mula melonjak semula, rintangan pada zon 1.21000 dan halangan MA50 bakal diuji untuk pelabur menentukan sama ada harga mula memberikan petunjuk untuk perubahan trend.

Berjaya melepasi halangan berikut akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi diteruskan seterusnya bakal menguji pula zon tumpuan sebelum ini pada 1.22000.

Data perbelanjaan peribadi pengguna AS akan dipantau pada sesi New York sebentar lagi yang dijangka akan mempengaruhi pergerakan harga sebelum penutupan dagangan minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat