GBP/USD Terus Memburu Rekod Tertinggi Terbaru

708

Mata wang Pound Sterling mencuri tumpuan pada dagangan pembukaan awal minggu ini apabila terus pamerkan pengukuhan sejak sesi Asia bermula pada pagi Isnin.

Dengan sentimen pasaran yang masih tidak memihak kepada US dolar, harga pada carta pasangan GBP/USD telah melonjak lebih tinggi berbanding paras dicapai pada minggu lalu.

Pound berjaya memanfaatkan pengukuhan berbanding US dolar yang kekal lemah sepanjang minggu lalu dengan kenaikan yang dipamerkan menguji zon resistance pada ketinggian 1.38600.

Pergerakan pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD, harga yang kembali bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) telah memberi isyarat untuk harga menyambung semula trend kenaikan sebelum ini.

Sesi Asia pada hari ini terus menyaksikan harga melonjak melepasi paras ketinggian 1.38600 mencapai paras ketinggian terbaru sekitar 1.39000 sebelum harga mula bergerak perlahan bersambung sehingga awal sesi Eropah.

Pound Sterling dijangka akan terus mengukuh pada minggu ini selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson optimis untuk sasaran 15 juta vaksinasi di UK. Hal ini bakal mendorong pelonggaran semula sekatan pergerakan sekaligus akan menyokong pemulihan ekonomi.

Kenaikan harga berkemungkinan berpotensi untuk mencapai paras ketinggian sehingga 1.4000 untuk harga terus memburu rekod tertinggi sejak April 2018.

Namun sebaliknya jika berlaku penurunan harga semula, zon RBS (resistance become support) 1.38600-1.38300 akan menyokongan kejatuhan harga.

Penurunan lebih rendah seterusnya dilihat akan menuju paras sokongan 1.37800 sebelum ke zon RBS lebih rendah pada 1.37000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat