GOLD Kekal Meningkat Sehingga Dagangan Penghujung Minggu

782

Harga emas pamerkan kenaikan untuk hari ketiga berturut-turut selepas penurunan pada awal minggu gagal melepasi paras 1900.00 pada carta XAU/USD sebelum harga kembali membentuk corak kenaikan semula.

Pada dagangan Khamis semalam, harga telah berjaya membuat kenaikan mencapai paras ketinggian pada 1966.00 sebelum harga menunjukkan penurunan semula di sesi pasaran New York.

Penurunan harga pada carta XAU/USD berikutan pengukuhan semula US dolar dalam pasaran yang menghalang momentum kenaikan harga emas.

Namun dengan sentimen pasaran yang tidak menentu dan masih membuatkan pelabur berwaspada berkemungkinan akan terus memberi sokongan terhadap kenaikan harga emas pada minggu berikutnya.

Kenaikan harga seterusnya dijangkakan akan ke paras tumpuan sekitar 1975.00 sebelum kenaikan lebih tinggi akan kembali menuju paras ketinggian 2000.00.

Pergerakan harga emas pada carta XAU/USD di rangka masa 1 jam melihatkan harga telah turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat awal harga mungkin akan memulakan trend penurunan.

Zon support pada 1900.00 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji harga sebelum memberikan isyarat lebih jelas pergerakan selanjutnya.

Untuk beberapa minggu, harga emas kekal bergerak dalam julat 1900.00 hingga 2000.00 dengan pergerakan dilihat agak mendatar.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat