Greenback Masih Belum Pulih Sepenuhnya

56

Dollar Australia dan New Zealand bergerak lebih tinggi berbanding matawang Greenback pada Selasa. Pun begitu, keuntungan matawang ini kekal terhad berikutan US Dollar semakin memulih daripada keputusan Fed yang lalu.

Sementara itu, AUD/USD melonjak 0.42%.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, tumpuan turut diberikan kepada debat antara calon presiden AS yang berlangsung pagi tadi dengan pengalisis menjangkakan Clinton lebih menyerlah berbanding Trump.

NZD/USD juga meningkat sebanyak 0.32% untuk didagang pada 0.7298.

NZD-USD, 30 minit
NZD-USD, 30 minit

Keuntungan matawang komoditi ini terhad disebabkan ketidaktentuan pasaran yang masih menantikan keputusan mesyuarat OPEC di Algeria minggu ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Dollar kali terakhir dinilai pada 95.28.

Lelaki Terkaya Dunia Ini Kongsikan 3 Tips Untuk Berjaya Dalam Hidup

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat