Hampir 400 Pips, GBP/USD Sasar Kenaikan Menuju Paras $1.4000

489

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD kekal pamer pergerakan positif sejak minggu lalu sehingga ke penghujung dagangan minggu ini.

Harga menunjukkan corak kenaikan disokong oleh faktor penyusutan US dolar dalam pasaran walaupun pelabur kekal berwaspada terhadap dagangan Pound Sterling.

US yang terus mengalami kejatuhan nilainya yang ketara pada minggu ini menjadi pendorong utama kenaikan harga pada carta GBP/USD hampir 400 pips dalam tempoh 2 minggu sahaja.

Walaupun berisiko, namun Pound masih disokong oleh faktor pembukaan semula ekonomi UK dan penurunan pada angka kes jangkitan harian untuk minggu ini yang sedikit melegakan tekanan sebelum ini.

Selepas lonjakan harga pada carta GBP/USD semalam melepasi zon rintangan 1.39000-1.39200, harga meneruskan kenaikan mencatatkan paras ketinggian harian semalam pada sekitar 1.39800 sebelum mendatar ke penghujung sesi New York.

Dengan pergerakan kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat positif untuk trend bullish harga.

Zon rintangan pada 1.40000 dijangka akan diuji oleh harga dan pelabur akan menilai reaksi harga pada zon kritikal tersebut yang akan memberi isyarat arah pergerakan harga selanjutnya.

Sasaran kenaikan lebih tinggi melepasi paras tersebut akan didorong untuk menuju ke paras ketinggian 1.41000 pula.

Namun jika harga kembali menjunam semula di bawah paras 1.39000 akan membuatkan pelabur mula berhat-hati untuk penurunan lebih rendah.

Pergerakan di bawah paras sokongan MA50 juga akan memberi isyarat awal berakhirnya trend bullish harga.

Penurunan harga yang berlaku dijangka akan kembali menuju semula ke zon RBS (resistance become support) 1.38300-1.38000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat