Harga Bitcoin $500,000 Menjelang 2030! – Cathie Wood

241

“Ramalan CEO ni untuk BTC tinggi betul, macam tak percaya je tapi mungkin boleh jadi.”

Cathie Wood, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ark Invest yang telah membeli sejumlah mata wang kripto Bitcoin (BTC) sejak dahulu lagi tetap percaya harganya mampu melonjak lagi tinggi pada tahun akan datang.

Umum mengetahui Wood juga melabur dalam saham Coinbase dan pernah berkata bahawa BTC dan Ethereum (ETH) adalah antara aset digital yang paling mewakili elemen decentralized serta boleh dipercayai.

Menurut kenyataan Wood baru-baru ini, beliau masih yakin dengan potensi aset digital susulan rangkaian BTC mahupun ETH berjalan lancar walaupun syarikat exchanger kripto seperti FTX, Celsius dan Three Arrows capital (3AC) menghadapi kejatuhan.

Tambahnya lagi, beberapa syarikat itu didapati musnah berikutan kaedah operasi mereka bertentangan dengan idea decentralized.

Wood turut menyatakan bahawa harga BTC bakal menembusi $500,000 atau lebih tinggi, di mana terdahulu beliau menjangkakan aset digital tersebut dapat capai angka itu menjelang tahun 2030.

Sungguhpun BTC sebelum ini berada dalam momentum turun naik, harganya berjaya menembusi paras $24,236 selepas Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) menetapkan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas yang menunjukkan isyarat langkah memperlahankan dasar monetari untuk permulaan 2023 ini.

Namun kini harga BTC susut sedikit pada paras $23,901 manakala ETH pula pada zon $1,671 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat