Harga Minyak Mentah Meningkat Dorong Penurunan Pada Dagangan USD/CAD

1,129

Harga minyak mentah masih mempamerkan kenaikan sejak awal minggu sehingga Rabu dengan pasaran turut disokong oleh keyakinan terhadap langkah rangsangan berskala mega yang telah pun diluluskan dengan suntikan dana di Amerika Syarikat bernilai $2 trilion.

Minyak mentah Amerika dan minyak Brent masing-masing meningkat di atas paras $25 dan $27 setong.

Namun begitu, kebimbangan terhadap pasaran minyak mentah ini masih tinggi dengan penurunan harga pada bulan ini telah mencecah 45% di samping ketegangan di antara negara pengeluar Arab Saudi dan Rusia.

Kenaikan semasa pada harga minyak telah memberi kesan positif terhadap matawang dolar Kanada yang berjaya mencatatkan pengukuhan berbanding US dolar di mana minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

Harga pada carta pasangan matawang USD/CAD telah menunjukkan penurunan pada lewat sesi New York semalam sehingga bersambung pada sesi Asia hari ini.

Pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta USD/CAD, harga telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan trend menurun.

Penurunan harga kini menguji paras terendah harian pada Isnin sekitar 1.43400 sehingga dagangan memasuki sesi pasaran Eropah.

Jika penurunan harga diteruskan, zon RBS (resistance become support) sekitar 1.42700-1.41800 dilihat akan menjadi paras tumpuan.

Penurunan lebih rendah zon tersebut akan menuju zon RBS lebih rendah yang dilihat berada pada sekitar paras 1.4000.

Namun jika kenaikan harga kembali berlaku, harga akan cuba melepasi paras ketinggian pada dagangan minggu ini dan menuju paras resistance 1.46600 yang diuji harga pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat