Hati-Hati Pelabur, Demokrat Ingin Bunuh Kripto!

415

“Kenapa la semua benci sangat dengan kripto, bukannya ada buat salah apa-apa pun.”

Susulan melibatkan ekosistem mata wang kripto, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tierion Wayne Vaughan mengkritik Demokrat di Amerika Syarikat (AS) setelah melihat mesej utama dalam satu memo yang dikatakan ingin cuba memusnahkan aset digital.

Ditujukan kepada Ahli Jawatankuasa Demokrat daripada Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan (FSC), memo telah diedarkan sebelum mesyuarat dengan beberapa Jawatankuasa Dewan AS, antaranya adalah Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan dan Jawatankuasa Pertanian Rumah.

Oleh demikian, Jawatankuasa Dewan dijangka akan menyokong Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS berkenaan peraturan aset digital susulan memo itu terdapat dakwaan daripada SEC yang menyebut semua kripto adalah sekuriti.

Selain itu, memo itu turut menyatakan bahawa bursa kripto tidak mematuhi undang-undang kawal selia di samping menegaskan tiada keperluan untuk peraturan tambahan dilaksanakan.

Demokrat yang mencadangkan pemotongan belanjawan seterusnya membuat elaun untuk Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) dalam pasaran kripto telah menyebabkan mereka digambarkan sebagai tidak serius melindungi pelabur dan pengguna.

Ketika jawatankuasa Demokrat dinasihatkan untuk meluluskan bil siling hutang daripada mengeluarkan peraturan pro-kripto, Mahkamah Agung AS telah memikirkan idea untuk mengekang kuasa kedua-dua entiti kawal selia tersebut dalam pasaran aset digital.

Hal ini kerana SEC dan CFTC telah bertindak agresif terhadap kripto, di mana Binance didakwa atas kesalahan pelanggaran peraturan manakala Coinbase menerima Wells Notice dan tidak dilupakan kes antara Ripple dan SEC yang sehingga kini belum selesai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat