Nasdaq Tertinggi 8 Bulan Lepas CPI AS!

364

Indeks utama Wall Street berakhir dengan bercampur-campur susulan terbitan data inflasi Amerika Syarikat yang menunjukkan tekanan harga semakin menyederhana pada bulan April.

Harga pengguna meningkat 4.9% pada kadar tahunan berbanding jangkaan untuk tidak berubah pada 5%, iaitu paras paling rendah dicatatkan dalam tempoh 2 tahun.

Ini sekali gus meningkatkan harapan bahawa kitaran kenaikan kadar faedah Federal Reserve (Fed) hampir berakhir.

Bagaimanapun, pasaran saham AS gagal memberi reaksi ketara memandangkan sentimen turut dibelenggu oleh faktor lain seperti musim laporan pendapatan dan kebimbangan terhadap isu siling hutang.

Pelabur terus mengikuti perkembangan mengenai siling hutang AS yang dibimbangi ia tidak dapat selesaikan pada tarikh akhir 1 Jun sehingga menyebabkan berlakunya ‘default’.

Sementara itu, laporan pendapatan diteruskan pada hari Rabu, di mana Disney susut 4.6% selepas melaporkan jangkaan pendapatan sesaham semasa yang lebih rendah daripada dijangkakan.

Keseluruhannya, Dow Jones Industrial ditutup merah dengan menyusut 30.48 mata kepada 33,531.34, manakala S&P 500 pula menokok 18.45 mata kepada 4,137.63.

Namun, berbeza pula dengan Nasdaq Composite yang memaparkan prestasi lebih baik dengan melonjak ke paras tertinggi 8 bulan sebanyak 1.115 kepada 13,347.83.

Selain bacaan CPI, Nasdaq turut disokong oleh lonjakan 4.10% dalam Alphabet selepas syarikat itu melancarkan lebih banyak kecerdasan buatan untuk produk carian terasnya sebagai tindak balas kepada persaingan daripada Microsoft Corp.

Indeks US30 pula sedikit meningkat pada paras 33,550 pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat