Hati-Hati Trader! GBP/USD Berisiko Untuk Terus Tergelincir

589

Kembali berisiko buat dagangan Pound, perkembangan di UK dilihat tidak begitu memberangsangkan ekoran perancangan pembukaan ekonomi UK oleh Perdana Menteri Boris Johnson tergendala.

Ekoran kebimbangan terhadap penularan varian Covid-19 Delta di UK, UK secara rasminya telah mengumumkan penangguhan untuk langkah menghapuskan sekatan pergerakan yang dijadualkan pada 21 Jun sebelum ini, dilanjutkan sehingga 19 Julai.

Jom perhatikan pergerakan harga pada carta utama pasangan mata wang GBP/USD.

Prestasi Pound yang dijangka akan terus suram pada minggu ini bakal mendorong penurunan harga yang lebih rendah sekiranya US dolar terus mendominasi.

Namun begitu, momentum penurunan yang dipamerkan pada penghujung minggu lalu mula perlahan pada awal minggu ini ekoran pelabur yang berwaspada terhadap US dolar menjelang mesyuarat FOMC pada Khamis.

Faktor tersebut berjaya membendung harga pada carta GBP/USD daripada jatuh lebih rendah apabila harga berjaya disokong pada zon support 1.41000.

Pergerakan harga mendatar di atas paras 1.41000 sehingga bersambung pada sesi Asia pagi Selasa, namun pelabur masih berhati-hati untuk jangkaan penurunan yang boleh berlaku dengan harga masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang menjadi isyarat bagi corak bearish trend.

Jika penurunan harga terus berlaku, harga yang turun di bawah zon harga 1.41000 dilihat akan menuju pula ke paras sokongan lebih rendah pada 1.41000 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Namun jika zon support 1.41000 terus berjaya menyokong semula kenaikan harga pada minggu ke-5 berturut-turut, harga akan kembali menuju semula ke zon rintangan pada 1.42000.

Melepasi rintangan itu, sasaran lebih tinggi untuk kenaikan harga terlihat pada paras sekitar 1.43000.

Untuk dagangan Pound hari ini, laporan data pekerjaan UK bakal yang akan diterbitkan pada sesi Eropah akan menjadi tumpuan para pelabur.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat