Saham Privasia Antara Paling Aktif!

226

Saham Privasia Technology Bhd menjadi salah satu saham yang paling aktif didagangkan pada sesi awal urus niaga hari ini, susulan pelantikan Datuk Azman Mahmud sebagai pengerusi baharu syarikat berkenaan.

Pada pukul 9.40 pagi, kaunter itu menyaksikan kenaikan sebanyak 2 sen kepada 22.5 sen, dengan 96.17 juta saham bertukar tangan.

Azman merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Privasia semalam, pengalaman luas dan kepakaran Azman terutama dalam automasi pintar, Internet Pelbagai Benda serta amalan
korporat yang baik akan menambah nilai syarikat.

Tambah kenyataan itu seperti dipetik oleh Bernama, Azman mampu membawa Privasia ke tahap lebih tinggi menerusi langkah kerjasama untuk mencapai dan melaksanakan rancangan strategik Privasia bagi memacu kebolehlihatan pendapatan.

Beliau menerajui MIDA dalam memaju agenda pelaburan Malaysia ke arah merealisasikan sasaran pelaburan dari 2014 hingga 2021 selain mengetuai transformasi MIDA untuk menjadi agensi penggalakan pelaburan berkelas dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat