Huawei Cetus Tarikan Dengan Tawaran Bernilai $1.5 Bilion Dolar

369

Syarikat teknologi gergasi China, Huawei Technologies Co. sedang menawarkan $1.5 bilion dolar untuk memburu rakan kongsi yang bersedia untuk membina perisian bagi cip dan platform komputernya yang akan datang.

Tawaran tersebut mencipta tarikan baru bagi pembangun perisian di seluruh dunia di mana dalam masa yang sama Amerika Syarikat juga masih meningkatkan pengawasan ke atas syarikat pesaing terbesar mereka itu dalam industri teknologi moden.

Syarikat teknologi terbesar China itu menyasarkan untuk melaburkan jumlah yang besar itu bagi program pembangunan jenama tersebut menjangkaui 5 tahun akan datang. Program yang dilancarkan menggalakkan pihak luar bagi mencipta aplikasi untuk perkhidmatan Huawei termasuk perisian telefon pintar yang dikenali sebagai HarmonyOS.

Huawei yang berdepan dengan sekatan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat telah berkali-kali menafikan dakwaan bahawa syarikat itu mengancam keselamatan negara kuasa besar tersebut dengan penciptaan cip dan perisian pintar. Kini, Amerika Syarikat sedang giat membangunkan alternatif bagi melindungi rangkaian perniagaan terbesar dunia itu.

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Huawei bahawa mereka telah pun memulakan langkah dan memperolehi respon yang sangat baik serta sedang merangka strategi dan mengalu-alukan lebih ramai rakan kongsi untuk menyertai mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat