Ini Jadi Pada Emas Lepas Data AS Yang Kukuh!

1,595

Logam berharga emas didagangkan stabil pada hari Jumaat walaupun telah diperlihatkan dengan data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kukuh.

Emas pada mulanya menyusut menghampiri paras harga $1,900 sebelum melantun semula untuk didagangkan pada sekitar $1,915 per auns ketika sesi Asia hari ini.

Inflasi Amerika Syarikat terbukti kembali hangat pada bulan Ogos selepas data indeks harga pengeluar (PPI) meningkat kepada 0.7% tahun ke tahun berbanding jangkaan untuk kenaikan 0.4%.

Sementara itu, jualan runcit AS pula lebih kukuh dengan meningkat 0.6% pada bulan lepas, jauh melebihi jangkaan untuk peningkatan hanya 0.1%.

Ekoran daripada itu, pasaran mula meletakkan kemungkinan bahawa Federal Reserve (Fed) akan terus menaikkan kadar faedah bagi membendung inflasi.

Walaupun pasaran menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar tidak berubah pada mesyuarat dasar minggu depan, tetapi terdapat kebarangkalian 39% untuk kenaikan pada bulan November, menurut FedWatch CME Tools.

Jangkaan itu akan terus memberi tekanan buat dagangan emas untuk kekal didagangkan lemah.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat