Ini Kesan Dan Reaksi Dari Seluruh Dunia Susulan Peningkatan Risiko Coronavirus

779

Berita pasaran pada hari ini dihiasi oleh laporan berkenaan isu wabak Coronavirus yang kini kembali meningkatkan semula risiko dalam pasaran apabila mencatatkan pertambahan terbesar kes baru jangkitan.

Daerah Hubei di China kini dilaporkan terdapat 14,840 kes baru dengan angka kematian kini telah mencapai 1,355 korban.

Juga terdapat kes baru Coronavirus dilaporkan di California. Ini adalah pesakit kedua di San Diego yang diuji positif virus tersebut.

Antara kesan yang ketara akibat ancaman ini adalah pembatalan Mobile World Congress iaitu pertunjukan telefon terbesar dunia yang diadakan di Barcelona dijadualkan pada 24 Februari ini. Lebih 100,000 wakil penyertaan dijangkakan pada acara tersebut.

Selain itu, antara acara lain berskala lebih kecil yang menerima impak adalah pertunjukan udara tahunan di Singapore.

Formula One pula telah sahkan bahawa mereka akan menangguhkan perlumbaan Grand Prix China pada tahun ini. Begitu juga acara sukan Ragbi HK Sevens turut ditangguhkan.

Turut terdapat laporan bahawa Menteri Pertahanan Korea Selatan menyatakan bahawa seramai 740 tentera dikuarantin sebagai langkah untuk mencegah wabak Coronavirus menular.

Tentera yang dikuarantin adalah termasuk sama ada yang pernah mengunjungi China, Hong Kong atau Macao sekitar 14 hari lepas atau berhubung dengan individu yang berkunjung ke tempat-tempat tersebut.

Menteri Kesihatan Jepun pula melaporkan terdapat 44 kes Coronavirus baru dijumpai pada kapal persiaran. Kapal Diamond Princess diiringi ke pelabuhan Yokohama bagi proses kuarantin. Jumlah terkini jangkitan di kapal adalah 218 orang.

Menurut Agensi Berita Pusat Taiwan, Taiwan sedang merancang untuk menyediakan bajet berjumlah $2 bilion US dolar untuk membantu mengimbangi semula ekonomi yang terkesan oleh impak Coronavirus.

Kedutaan Iran di China mengatakan bekalan ubatan termasuk topeng muka N95 telah disumbangkan oleh Iran, akan tiba di China hari ini.

Pasaran kewangan seluruh dunia kembali menerima kesan negatif terhadap kebimbangan virus ini termasuk juga pasaran saham dan komoditi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat