Ini Nasib USD Selepas Laporan NFP AS Dikeluarkan!

838

US dolar didagangkan stabil setelah mencatat penyusutan susulan penerbitan laporan pekerjaan NFP AS pada minggu lalu yang memperlihatkan bacaan yang bercampur-campur pada bulan Jun.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama diperdagangkan di sekitar 92.30.

Data pada hari Jumaat menunjukkan laporan pekerjaan NFP menepati jangkaan dengan meningkat sebanyak 850,000 pada bulan lalu, menyusuli kenaikan 583,000 yang dicatatkan pada Mei.

Bagaimanapun, kadar pengangguran AS tersasar daripada jangkaan, dengan meningkat kepada 5.9% berbanding jangkaan penurunan 5.6% , dan bacaan sebelum ini pada 5.8%.

Penganalisis mengatakan secara keseluruhan laporan itu kuat dan trend ke arah yang benar, yang semestinya menyokong Federal Reserve (Fed) untuk mula mengurangkan pembelian asetnya tidak lama lagi.

Namun begitu, dolar greenback yang pada mulanya melonjak susulan penerbitan data, kembali mencatatkan penyusutan menjelang penutupan dagangan hujung minggu, ketika saham melambung tinggi.

Hal ini telah memberi ruang kepada matawang utama untuk kembali meningkat, dengan memperlihatkan matawang euro didagangkan di sekitar harga sekitar 1.18600 pada sesi Asia hari ini.

Matawang berkaitan komoditi turut memanfaatkan peluang untuk meraih keuntungan, di mana dolar Aussie kembali meningkat dari paras terendah enam bulan dan diniagakan di sekitar 0.75150 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat