Ini Pembaharuan Terra Classic! Adakah LUNC Bakal O.K Atau K.O?

118

“Pelabur harapkan impak yang positif la, takut buat perkembangan pun sama je.”

Terra Classic (LUNC) menyaksikan pendakian selepas Jared, komuniti LUNC dan penghubung TrueFlip (TVL), platform berdasarkan teknologi blockchain melaksanakan perkembangan rangkaian yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Komuniti LUNC didapati meluahkan keterujannya apabila Jared rancang mengeluarkan Terra Station Wallet baharu untuk kukuhkan kembali ekosistem aset digital tersebut.

Dimaklumkan bahawa pelancaran wallet rasmi blockchain Terra itu telah ditangguhkan sehingga 12 Januari susulan Jared ingin mengemas kini perkembangan itu agar tidak berlaku sebarang rintangan pada masa hadapan.

Malah, beliau menyebut sokongan interchain* itu akan dilangsungkan dalam tempoh 48 jam semasa terdapat pelbagai perkembangan daripada wallet Osmosis, Juno, SEI dan Carbon.

*Blockchain yang menghubungkan semua SubChain

Bukan itu sahaja, kenyataan Jared tersebut turut datang ketika kumpulan pembangun aset digital tersebut yang digelar Terra Rebels menghadapi konfilk dalaman secara berterusan.

Walaupun perkembangan baharu bakal terjadi, komuniti LUNC sering kali membakar berbilion-bilion LUNC sejak tahun lepas lagi, di mana pada tempoh ini aset digital tersebut telah dibakar sebanyak 37.30 juta.

Melalui pemerhatian, LUNC semalam melonjak sebanyak 3.1% manakala sepanjang minggu lepas pula raih sekitar 10.2%, namun kini harganya menyusut sedikit dengan berlegar pada zon 0.000165.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat