Ini Punca GBPUSD Mula Melonjak Semenjak Pagi Tadi!

63

US Dollar mengalami tekanan dalam sesi dagangan Eropah apabila sterling mula memadam kerugian dalam sesi sebelum ini.

Pound meningkat 1.5% kepada $1.12301 selepas menjunam ke paras terendah dalam tempoh 31 tahun. Junaman tajam sebelum ini dikaitkan dengan kesan kebimbangan pelabur akibat keputusan Theresa May yang mengumumkan untuk meninggalkan Kesatuan Eropah secara rasminya pada Mac tahun depan.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Kejatuhan Pound yang mengejut baru-baru ini sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada pasaran matawang secara keseluruhannya.

Sementara itu, Theresa May juga dikatakan ini telah menerima cadangan parlimen untuk turut mengundi terhadap pelan Brexit yang telah dirangka beliau.

Disamping itu, ketua strategi matawang di Tokyo menyifatkan bahawa tindakan May yang menyambut baik cadangan parlimen itu akan memberi kesan pemulihan jangka pendek buat Pound.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama kali terakhir dinilai merosot sebanyak 0.2%.

US Dollar menguat baru-baru ini selepas data pekerjaan yang mengecewakan dikatakan tidak akan memberi sebarang halangan untuk Fed bagi untuk meningkatkan kadar.

Selain itu, kekuatan matawang gergasi ini juga disokong apabila trader meletakkan kemenangan tidak rasmi kepada calon Demokratik, Hillary Clinton dalam siri kedua perdebatan calon Presiden AS menentang Donald Trump.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat