Ini Sebab EUR/USD Dijangka Untuk Meningkat Lebih Tinggi

870

Pergerakan carta harga bagi pasangan mata wang EUR/USD menampilkan corak kenaikan harga pada pembukaan pasaran pada awal minggu ini.

Penganalisis pasaran menjangkakan kecenderungan harga untuk membuat kenaikan lebih tinggi lagi pada minggu ini mengatasi paras ketinggian dicapai pada minggu lalu.

Ini adalah beberapa faktor yang dilihat akan mendorong kenaikan harga pada carta EUR/USD.

Pertama, sentimen pergerakan US dolar yang lemah bersambung pada awal minggu ini dan pelabur juga waspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Seterusnya, mata wang Euro dijangka untuk mempamerkan prestasi cemerlang pada minggu ini selepas indeks utama DAX Jerman telah merekodkan paras tertinggi terbaru.

Pelabur juga menantikan tindakan oleh bank pusat Eropah dalam menetapkan perubahan dasar monetari mereka selepas data inflasi zon Eropah yang diterbitkan semalam mencatatkan bacaan meningkat melebihi sasaran yang berkemungkinan bakal mendorong bank pusat untuk mengetatkan dasar.

Dapat diperhatikan harga pada carta EUR/USD meningkat sehingga sesi New York semalam menguji paras rintangan pada 1.22500.

Namun selepas mencapai paras ketinggian tersebut harga kembali susut semula berikutan pengukuhan US dolar yang disokong terbitan data tinjauan ISM pembuatan di AS yang lebih tinggi berbanding jangkaan.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi Rabu, harga menunjukkan peningkatan semula disokong pada paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat untuk meneruskan kembali kenaikan di awal minggu.

Zon rintangan 1.22500 dijangka untuk diatasi sebelum kenaikan lebih tinggi menuju pula ke paras tumpuan 1.23000.

Berkemungkinan pelabur akan menyaksikan EUR/USD mencatatkan paras tertinggi terbaru 5 bulan pada minggu ini.

Namun, waspada jika sentimen pasaran berubah dan harga mula membuat penurunan semula.

Penurunan harga akan kembali semula ke zon RBS (resistance become support) di bawah paras 1.21800 yang telah diuji pada minggu lalu.

Jika zon tersebut gagal untuk menyokong kenaikan semula harga, pelabur bakal melihat harga susut lebih rendah menuju zon RBS seterusnya pada 1.20900-1.20600.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat