Ini Sebab Mengapa U.S Dolar Mengukuh Sebelum Kejatuhan Ketika Ini

88

Matawang U.S dolar mengukuh ke paras 3 bulan tertinggi berbanding yen pada hari Rabu berikutan spekulasi terhadap polisi fiskal dan monetari dan laporan data perkilangan U.S yang positif.

USD/JPY didagangkan pada 113.95 iaitu meningkat sebanyak 0.01% setakat jam 9.45 p.m selepas mencatat paras tertinggi sejak 11 Julai iaitu pada 114.25.

U.S dolar meneruskan pengukuhan berbanding yen selepas Jabatan Perdagangan melaporkan jumlah pembelian barangan tahan lama (durable goods), di mana termasuk barangan pengangkutan telah meningkat sebanyak 2.2% pada bulan September. Angka ini melebihi jangkaan para penganalisis ekonomi yang mensasarkan peningkatan sebanyak 1.0%. Manakala tempahan barangan tahan lama teras (core durable-goods) yang tidak mengambil kira barangan pengangkutan, meningkat sebanyak 0.7% bulan lepas berbanding jangkaan yang mensasarkan peningkatan sebanyak 0.5%.

Selain itu, pengukuhan tersebut juga didorong oleh harapan pasaran terhadap reformasi cukai selepas Senat meluluskan ukuran bajet tersebut dan membolehkan ahli Republik meneruskan pemotongan cukai tanpa dukungan ahli Demokratik.

Peningkatan U.S Dolar juga didorong oleh spekulasi pasaran terhadap calon pengganti kerusi pengerusi The Fed, iaitu Janet Yellen akan digantikan dengan calon yang lebih hawkish.

Spekulasi tersebut adalah disebabkan pandangan ahli parti Republik lebih condong kepada John Taylor sebagai calon pengganti pengerusi The Fed dan berkemungkinan akan mempengaruhi keputusan Trump nanti.

Matawang Euro menguat berbanding U.S dolar apabila EUR/USD meningkat 0.27% kepada 1.1779 berikutan jangkaan terhadap Presiden Mario Draghi yang dijangka akan membuat kenyataan terhadap pelan rangsangan monetari.

Manakala matawang sterling juga menguat berbanding U.S dolar apabila GBP/USD meningkat 0.80% kepada 1.3241 selepas data pertumbuhan ekonomi UK meningkat pada suku tahun ketiga dan dijangka akan mendorong Bank of England meningkatkan kadar faedah pada bulan depan.

EUR/GBP jatuh 0.56% kepada 0.8906.

Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain jatuh sebanyak 0.31% kepada 93.54 setakat jam 9.55 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat