Kenyataan Bank of Canada yang Melemahkan Dolar Kanada

51

Bank of Canada (BoC) mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.00% pada Rabu dan menegaskan bahawa bank pusat akan berhati-hati dalam mengubah polisi di masa hadapan.

Dalam kenyataan polisi yang dikeluarkan pukul 10 malam tadi, bank pusat mengakui inflasi yang meningkat sejak beberapa bulan lalu adalah disebabkan oleh pengukuhan aktiviti ekonomi dan kenaikan harga gasolin.

Bank pusat juga menegaskan bahawa mereka menjangka inflasi naik ke paras 2% pada separuh kedua 2018.

Secara keseluruhan kenyataan polisi bank pusat adalah bernada ‘dovish’ yang tidak cenderung kepada kenaikan kadar faedah yang lebih pantas di masa hadapan. Salah satu kebimbangan BoC adalah rundingan NAFTA (North American Trade Agreement).

Bank pusat menyatakan rundingan NAFTA adalah satu ketidaktentuan yang besar dalam ekonomi.

BoC juga menyatakan pengukuhan dolar Kanada (CAD) yang mana inflasi akan meningkat ke paras 2% lewat sedikit pada 2018 berbanding jangkaan sebelum ini.

Kenyataan yang ternyata dovish adalah dua perenggan terakhir dalam kenyataan polisi monetari bank pusat.

“Walaupun tidak banyak rangsangan polisi yang diperlukan dari masa ke semasa, ahli bank pusat akan berhati-hati dalam membuat perubahan terhadap kadar polisi di masa hadapan,” kata BoC dalam kenyataannya.

“Secara spesifik, bank pusat akan bergantung kepada data-data di masa hadapan untuk melihat tahap sensitif ekonomi terhadap kadar faedah, evolusi kapasiti ekonomi, dan pergerakan pertumbuhan gaji dan inflasi.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat