Ini Sebab Sterling Melonjak Pada Dagangan Jumaat Lalu

1,030

Dollar USD menunjukkan pengukuhan nilainya berbanding matawang utama yang lain pada awal dagangan Isnin walaupun berdepan kebimbangan pelabur terhadap jangkaan Federal Reserve (FED) berkemungkinan tidak akan meneruskan kenaikan kadar faedah pada tahun ini. Pengerusi FED, Jerome Powell pada kenyataan minggu lalu menjelaskan bahawa bank pusat mampu bersabar untuk penangguhan pada dasar monetari bergantung pada kadar inflasi. Data ekonomi pada Jumaat menunjukkan indeks harga pengguna di Amerika Syarikat untuk bacaan Disember telah jatuh ke paras terendah pertama kali dalam tempoh 9 bulan.

Sementara itu, matawang EURO menunjukkan penurunan sejak dagangan Jumaat lalu setelah data ekonomi di Itali, iaitu ekonomi ketiga terbesar di zon Eropah berada dalam risiko ke arah kegawatan ekonomi.

Manakala, isu Brexit kembali memberi kejutan terhadap pasaran apabila matawang Sterling kembali melonjak pada Jumaat dan menunjukkan pengukuhan nilainya setelah didagangkan berisiko sepanjang minggu lalu. Ini adalah berikutan laporan bahawa Britain akan memohon untuk menangguhkan tarikh rasmi pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan pada 29 Mac nanti.

Ini akan kembali membuka peluang kepada Perdana Menteri Britain Theresa May untuk berusaha mendapatkan sokongan terhadap pelan Brexit beliau. Undian terakhir sepatutnya dijadualkan berlangsung pada minggu ini, namun pelabur melihat PM May besar kemungkinan bakal mengalami kekalahan dalam undian Parlimen tersebut. Dengan tindakan penangguhan itu kembali melonjakkan semula nilai Sterling dalam pasaran buat masa ini.

Data ekonomi tumpuan di Britain minggu ini akan terarah kepada data indeks harga pengguna serta indeks harga pengeluar pada Rabu ini dan pada Jumaat pula, data jualan runcit pula akan menjadi tumpuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat