Inilah 10 Koin Kripto Terbaik Bagi November!

3,873

November menyaksikan pasaran kripto yang tidak menentu dengan nilai pasaran kekal di bawah $3 trilion sepanjang bulan.

Pada masa yang sama, Bitcoin (BTC) yang mendominasi pasaran kripto pamerkan harga yang lebih rendah daripada 6% dalam tempoh yang sama.

Tetapi, ada segelintir altcoins sebaliknya mencatatkan prestasi yang luar biasa.

  1. Gala (GALA)
    • Token natif permainan berasaskan blockchain, Gala Games (GALA) tampil sebagai juara bagi November dengan lonjakan hampir 600%.
    • Lonjakan tersebut membawa nilai pasaran GALA mencecah $4.4 bilion dan berada di kedudukan ke-44 berdasarkan rekod CoinMarketCap.
    • Ketika penulisan, GALA didagangkan pada $0.60, susut hampir 28% dari paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 26 November.
  2. Loopring (LRC)
    • Token natif bursa mata wang kripto desentralisasi ini melonjak lebih 270% sepanjang bulan.
    • LRC menyentuh ATH, $3.84 pada 10 November dengan nilai pasaran mencecah $4.5 bilion pada hari yang sama.
    • Ketika penulisan, LRC didagangkan pada $2.68, susut hampir 5% dalam 24 jam dan susut hampir 30% sejak rekod ATH terdahulu.
  3. Crypto.com (CRO)
    • Sepanjang November CRO berjaya melonjak sehingga 260% dengan rekod ATH, $0.97 pada 24 November.
    • Lonjakan tersebut didorong oleh pelaburan bernilai $700 juta daripada ruang serbaguna terkemuka, Staples Centre di Los Angeles. Staples Centre kemudiannya dinamakan semula sebagai Crypto.com Arena.
    • Ketika penulisan, CRO didagangkan pada $0.72, susut hampir 4% dari ATH terdahulu.
  4. The Sandbox (SAND)
    • Koin yang paling hangat sepanjang November catatkan lonjakan sehingga 203%, sebelum menyentuh ATH pada 25 November dengan rekod $8.51.
    • Lonjakannya didorong oleh projek-projek metaverse dan permainan berkonsepkan play-to-earn(P2E).
    • Ketika penulisan, SAND didagangkan pada $6.31, susut lebih 6% dalam 24 jam dan susut hampir 26% sejak rekod ATH terdahulu.
  5. Kadena (KDA)
    • Kadena merupakan sebuah blockchain umum yang menawarkan sekuriti yang sama seperti Bitcoin (BTC).
    • Koin natifnya, KDA catatkan lonjakan lebih 150% sepanjang November dan ATH bagi bulan tersebut direkod pada 11 November dengan nilai $28.25.
    • Ketika penulisan, KDA didagangkan pada $17.44, susut hampir 38% dari ATH terdahulu.
  6. IoTeX (IOTX)
    • Koin ini catatkan peningkatan sehingga 122% dalam sebulan sebelum menyentuh ATH, $0.26 pada 13 November.
    • Ketika penulisan, KDA didagangkan pada $0.15, susut hampir 4% dalam 24 jam dan hampir 43% dari ATH terdahulu.
  7. Livepeer (LPT)
    • Livepeer merupakan protokol yang memfokuskan kepada industri penyiaran dengan manfaatkan teknologi blockchain.
    • LPT catatkan lonjakan sehingga lebih 100% dan telah menyentuh ATH, $100.24 pada 9 November.
    • Ketika penulisan, aset ini meningkat hampir 7%, didagangkan pada $56.24 tetapi susut lebih 44% sejak ATH sebelumnya.
  8. Avalanche (AVAX)
    • Koin ini catatkan peningkatan sehingga 90% dalam sebulan sebelum menyentuh ATH, $146.73 pada 21 November.
    • Ketika penulisan, AVAX didagangkan pada $118.39, susut lebih 5% dalam 24 jam dan lebih 19% dari ATH terdahulu.
  9. Voyager Token (VGX)
    • Ia merupakan sebuah perkhidmatan penyediaan broker mata wang kripto.
    • Koin natifnya, VGX catatkan lonjakan lebih 457% sepanjang November dan ATH bagi bulan tersebut direkod pada 23 November dengan nilai $5.8.
    • Ketika penulisan, VGX didagangkan pada $4.7, susut lebih 14% dalam 24 jam dan lebih 19% dari ATH terdahulu.
  10. WAX (WAXP)
    • Ia merupakan sebuah protokol yang menawarkan transaksi e-dagang yang lebih cepat dan mudah, selamat untuk semua.
    • November menyaksikan WAXP mencatatkan ATH, $0.98 pada 17 November dengan lonjakan sehingga 160%.
    • Ketika penulisan, aset ini susut hampir 6%, didagangkan pada $0.62 dalm 24 jam.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat