INTRADAY Memperkenalkan ‘Forum’ Untuk Berkomuniti

1,968

Kalau sebelum ini anda hanya membaca info-info atau berita yang dipaparkan di portal INTRADAY.MY sahaja, tetapi selepas ini anda boleh turut serta beri pandangan dan bersoal jawab bersama team Intraday dan ahli komuniti yang lain.

Bagaimana?

Selaras dengan kehendak dan keperluan ramai, INTRADAY kini telah memperkenalkan platform Forum untuk warga maya berkomuniti terutamanya dalam bidang financial market dan bidang pelaburan. Kemudahan ini disediakan bertujuan untuk perkongsian dan perbincangan yang lebih khusus dan berinteraktif. Selain bertukar buah fikiran dan berkongsi ilmu. Semua ini pasti memudahkan pengikut-pengikut INTRADAY yang dahagakan ilmu.

Pelbagai info dan topik perbincangan dalam bidang kewangan dan instrument perdagangan disediakan termasuklah instrument Matawang Digital Kripto, Forex, Saham, Komoditi dan lain-lain. Selain itu terdapat juga bahagian Lifestyle iaitu tempat di mana warga forum berkongsi minat yang sama selain mengisi masa lapang. Nak sembang-sembang santai pun boleh untuk merehatkan minda.

Bukan itu saja, staff-staff di INTRADAY juga akan aktif memberi info dan berbincang bersama anda di sana. Anda boleh utarakan apa sahaja persoalan yang bermain di fikiran dan anda boleh berkongsi apa sahaja pengetahuan yang anda ada. Bila lagi nak tunjuk bakat dan berkongsi, bukan?

Selain itu juga kami menjemput semua pakar-pakar instrumen perdagangan mahupun agen-agen, IB, guru saham, guru forex, guru kripto dan mereka yang berpengalaman untuk bersama berkumpul dan berkongsi di ruangan forum tersebut.

Excited bukan?

Ok, anda boleh mula mendaftar di SINI dan kami ucapkan SELAMAT BERFORUM.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat