Iran Sudah Mula ‘Panaskan’ Isu CBDC – ‘Rial Digital’ Sedia Untuk Di Uji!

2,012

Bank Pusat Iran (CBI) merancang untuk melancarkan uji kaji mata wang digital  bank pusat tidak lama lagi. Menurut pegawai tertinggi CBI, aset digital itu akan memberikan manfaat kepada negara dengan membantu menyelesaikan ketidakselarasan kewangan dan desentralisasi. Iran juga telah mengusahakan aset digital itu sejak tahun 2018.

Berdasarkan laporan daripada Agensi Berita Buruh Iran, Bank Pusat Iran akan melancarkan CBDC negara dan mengujinya dalam masa yang terdekat ini. Naib gabenor CBI bagi hal ehwal IT, Mehran Moharamian juga telah mendedahkan perkara ini. Moharamian juga menambah bahawa CBI menganggap pelancaran itu sangat perlu kerana mata wang digital adalah penyelesaian untuk menyelesaikan ketidakselarasan dan mendesentralisasikannya.

Mata Wang Digital Bank Pusat Iran (CBDC) akan dipanggil Rial digital dan akan ditambat kepada Rial. Pembangunan CBDC bermula pada 2018 selepas Informatics Services Corporation (ISC), cabang eksekutif Bank Pusat Iran yang bertanggungjawab mengendalikan automasi perbankan negara dan rangkaian perkhidmatan pembayaran, ditugaskan untuk membangunkan mata wang digital nasional. Disamping itu, Ketua Pegawai Eksekutif ISC, Seyyed Abotaleb Najafi, berkata Rial digital akan diuji terlebih dahulu dengan bank perdagangan.

Tambahnya lagi, “…dalam fasa pertama infrastruktur perbankan blockchain akan diberikan kepada bank perdagangan Iran untuk menggunakannya sebagai token dan instrumen pembayaran dalam transaksi dan penyelesaian perbankan”.

Setakat ini, CBDC telah dibangunkan dengan menggunakan sumber terbuka daripada teknologi Hyperledger Fabric, rangka kerja blockchain yang pada mulanya dibangunkan oleh IBM dan Digital Asset, sebuah syarikat permulaan industri yang berpangkalan di New York. Hyperledger Fabric kini dihoskan oleh Yayasan Linux, yang juga mengetuai konsortium blockchain Hyperledger.

Pengumuman CBDC hanyalah dorongan terbaru yang dibuat oleh Iran untuk menerima pakai mata wang digital dengan lebih meluas. Timbalan Menteri Perindustrian, Galian dan Perdagangan Iran dan ketua Organisasi Penggalakan Perdagangan Iran, Alireza Peyman-Pak, baru-baru ini mendedahkan bahawa CBI telah bersetuju untuk membenarkan mata wang digital seperti Bitcoin digunakan untuk penyelasaian pembayaran antarabangsa. Beliau menambah bahawa perjanjian itu mungkin dilaksanakan sejurus dua minggu dan akan memberi manfaat besar kepada negara kerana mata wang digital diterima pakai secara meluas dalam kalangan rakan perdagangan mereka.

Secara ketara, Iran telah cenderung kepada kaedah alternatif untuk memudahkan perdagangan antarabangsa dan meningkatkan ekonomi tempatan sejak AS mengenakan sekatan berat ke atas mereka.

Dengan mata wang digital ia boleh membenarkan Iran memintas kesukaran untuk mengakses dolar AS di pasaran antarabangsa akibat daripada sekatan yang dikenakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat