Ish! USD Ni Turun Pula, Nak Pergi Mana?

412

Keuntungan US dolar yang diraih susulan data inflasi Amerika Syarikat berkurangan pada sesi Eropah ketika tumpuan pelabur kini beralih kepada terbitan laporan inflasi pengeluar AS pada sesi New York.

Inflasi tahunan AS mengejutkan pasaran selepas tanpa dijangka mencatat peningkatan yang lebih kuat daripada dijangkakan walaupun menurun berbanding bulan sebelumnya, dengan catatan 8.3% pada Ogos.

Sementara pada asas bulanan pula, harga pengguna meningkat pada 0.1% dan inflasi teras juga lebih tinggi pada 0.6% berbanding bulan sebelumnya.

Hal ini secara tidak langsung mencetuskan jangkaan baharu pelabur untuk kenaikan sebanyak 100 mata asas dalam kadar faedah Federal Reserve (Fed).

Dalam pada itu, indeks harga pengeluar (PPI) AS diramalkan mencatatkan sedikit peningkatan pada bulan Ogos setelah merosot pada Julai.

Ini mungkin akan mempengaruhi pergerakan seterusnya buat mata wang gergasi US dolar yang kini didagangkan tidak jauh dari puncak tertinggi 20 tahun yang dicapainya minggu lalu.

Beralih kepada mata wang Eropah, pound didagangkan sedikit meningkat dengan memanfaatkan pergerakan US dolar walaupun data terbaru inflasi UK mengejutkan pasaran dengan mencatat penurunan pada bulan lalu.

Harga pengguna UK meningkat kepada 9.9% secara asas tahunan pada bulan lalu daripada 10.1% yang direkodkan pada Julai, dan meleset daripada jangkaan untuk meningkat 10.2%.

Walaupun angka ini dilihat memberi sedikit kelegaan buat Bank of England (BOE), tetapi ia masih berada pada paras tertinggi 40 tahun.

Dalam pada itu, euro kekal terperangkap di sekitar paras terendah dengan pergerakan harga cuba untuk meningkat di atas harga pariti berbanding USD semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat