Isyarat ‘Bearish’ Berakhir? EUR/USD Lonjak Semula 200 Pips!

211

Tempias lonjakan nilai Pound selepas kesan campur tangan bank pusat England (BOE) semalam, mata wang Euro juga turut alami kesan positif untuk didagangkan meningkat di sesi New York.

Turut menyokong lonjakan mata wang Eropah itu apabila kenyataan bernada hawkish yang disampaikan oleh Presiden dan ahli bank pusat Eropah (ECB) yang memberi isyarat bahawa kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan untuk beberapa mesyuarat seterusnya, dan ada yang menyokong kenaikan sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat Oktober ini.

Sementara US dolar juga sedikit mengendurkan momentum pengukuhan menuju penghujung September ini, Euro memanfaatkan ruang untuk melonjak dan mempamerkan kesan perubahan arah pada carta harga utama.

Jika diteliti pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang berlegar di zon support 0.95500, yang merupakan zon terendah harga sejak dagangan 2002, kemudiannya telah memaparkan lonjakan sekitar 200 pips ke paras ketinggian 0.97500.

Melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut telah mencetuskan petunjuk untuk perubahan trend bullish harga.

Terdapat corak penurunan perlahan pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini (Khamis), namun harga berkemungkinan berpotensi untuk melanjutkan kenaikan jika berjaya kekal berada di atas paras 0.97000 di samping faktor penyusutan US dolar masih berterusan.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah untuk menuju ke paras 0.98000 semula dengan jangkaan bakal ada reaksi menarik harga pada zon tersebut.

Namun jika kenaikan harga yang dipaparkan semalam hanya bersifat sementara, penurunan harga boleh berlaku semula di bawah paras sokongan MA50.

Seterusnya, zon support pada 0.95500 sekali lagi bakal diuji dan jika harga kekal meneruskan penurunan lebih rendah, paras terendah terbaru 20 tahun akan dicatatkan lagi.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat