Aneh-Aneh Si iPhone Ni, Pasaran Ekuiti Naik Tapi Saham Apple Jatuh

213

‘Keluarkan produk baru pun tak mampu selamatkan syarikat dari jatuh.’

Pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) semalam menyaksikan lantunan positif dengan kebanyakan saham meraih keuntungan namun tidak untuk Apple Inc.

Saham Apple dilihat menyusut lebih 4% selepas terdapat laporan mengatakan terdapat pengurangan dalam permintaan.

Menurut ketua pelaburan Plurimi Wealth, Patrick Armstrong, kenaikan kadar faedah Federal Reserve (Fed) telah menyebabkan penurunan permintaan apabila kos gadai janji yang meningkat memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna.

Selain itu, berita mengenai prestasi penjualan produk iPhone 14 versi Pro dan Pro Max yang kurang memberangsangkan turut memberi kesan.

Jelas Abhilash Kumar dari firma penyelidikan data Strategy Analytics, model keluaran baharu tersebut tiada bezanya dengan produk iPhone 13 cuma ada sedikit penambahbaikan sahaja.

Dan sungguhpun harga tawaran untuk iPhone 14 tidak mempunyai perbezaan dengan model lama, ia boleh dianggap tidak berbaloi lebih-lebih lagi dengan keadaan markroekonomi sekarang ini.

Atas faktor tersebut, sumber dalaman mengatakan Apple mungkin terpaksa melupakan rancangan mempergandakan pengeluaran produk baharu itu.

Sebagai rekod, Apple mengeluarkan produk baharunya tahun ini sedikit lewat memandangkan terdapat isu campuran produk.

Ini secara tidak langsung memaksa Apple untuk mengalihkan fokus pengeluaran daripada model asas kepada versi Pro sahaja di seluruh Asia.

Dalam pada itu, syarikat pembekal Apple seperti Qualcomm, Taiwan Semiconductor, STMicroelectronics, Infineon, dan ASML turut mengalami penurunan.

Setakat penulisan ini , saham Apple didagangkan turun 1.27% pada $149.84.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat