Jangan Ketinggalan Menyaksikan Data AS Malam Ini!

44

Dalam Sesi Eropah, Dollar hampir tidak berubah berbanding matawang utama yang lain apabila kebanyakan pelabur menanti laporan ekonomi AS yang bakal diumum hari ini. Data yang lemah dari China juga mencetuskan kebimbangan baru terhadap pertumbuhan ekonomi global.

Data USDEUR/USD dinilai stabil kerana pelabur mengintai data jualan runcit dan sentimen pengguna AS yang dijadualkan lewat Jumaat.

EUR/USD, 15 minit
EUR/USD, 15 minit

Data ini amat penting sebagai indikator yang lebih mendalam terhadap kekuatan ekonomi sekali gus menjejaskan jangkaan kenaikan kadar oleh Fed.

Pada hari Khamis, data AS menunjukkan jumlah pengangguran berkurang sebanyak 1,000 kepada 266,000 minggu lalu. Data ini tidak menepati ramalan awal yang menyasarkan 4,000 pengurangan.

USD/JPY meningkat 0.14% kepada 102.09, manakala GBP/USD kekal stabil pada 1.2955. Pound berada dalam tekanan sejak Bank of England menurunkan kadar faedah pada minggu lalu.

GBP/USD, 12.08
GBP/USD, 15 minit

Perlukan rehat selepas penat trade? Jom ‘terjun’ ke kolam renang seketika!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat