‘Jangan Sekat Kripto!’ – IMF

1,900

Ketua pakar ekonomi International Monetary Fund (IMF), Gita Gopinath tidak bersetuju dengan idea sekatan ke atas pasaran kripto kerana ia tidak begitu praktikal.

Sebaliknya individu ini mencadangkan perlaksanaan undang-undang ke atas aset digital tersebut sebagai langkah untuk menangani cabaran yang akan ditimbulkan teknologi terhadap pasaran yang bertunas.

Dalam program yang diadakan oleh National Council of Applied Economic Research (NCAER) baru-baru ini, Gopinath menjelaskan: Sekatan terhadap pasaran ini tidak akan menyimpulkan pengakhiran kerana bursa kripto kebanyakannya berpangkalan di luar negara yang mana memudahkan pelabur untuk membuat pelaburan walaupun sekatan dilaksanakan.”

Salah satu negara yang sudah melaksanakan sekatan terhadap kripto ialah China. Sementara India masih ‘bergelut’ menyusun undang-undang terhadap pasaran aset digital.

Malaysia pula, melalui Kementerian Kewangan mengumumkan status mata wang kripto di negara ini sebagai aset yang tidak diiktiraf dan ia tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk semasa.

Sebenarnya, aset kripto sukar untuk disangkal fungsinya dalam memudahkan pasaran kewangan konvensional.

Pada masa yang sama, beberapa pihak berlapang dada dengan kehadiran mata wang kripto:

  • CEO MicroStrategy | Michael Saylor
    • Dari perspektif perniagaan, individu ini akui aset kripto banyak memudahkan keadaan. Tidak seperti hartanah, Bitcoin (BTC) boleh merentas sempadan seluruh negara dalam sekelip mata.
  • Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) | Christine Lagarde
    • Pernah menyuarakan perlaksanaan undang-undang mata wang kripto untuk menangani isu penyelewengan kewangan yang dilihat tidak terkawal.
  • Amerika Syarikat (AS)
    • Sekatan yang dilaksanakan China terhadap pasaran kripto dianggap satu peluang untuk ‘menyambut’ kehadiran teknologi dan inovasinya.
  • Singapura
    • Tidak bersetuju untuk menyekat mata wang kripto kerana keyakinan mereka terhadap aset ini sebagai satu batu loncatan untuk kemajuan ekonomi dan masyarakat.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat