Jangan Terkejut Kalau USD Lemah Semula

448

Kemajuan dalam dagangan US dolar kembali terbantut, menyaksikan raja mata wang itu menyusut pada pembukaan sesi Eropah.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan merosot sekitar harga 101.80.

Sentimen pasaran bertambah baik pada hari Selasa selepas data yang diterbitkan pada sesi Asia menunjukkan ekonomi China berkembang lebih kukuh pada suku pertama 2023.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) China berkembang 4.5% tahun ke tahun pada suku pertama, melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat hanya 4% selepas sekatan Covid-19 dihapuskan.

Ini sekali gus menyokong mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand untuk bangkit semula daripada kejatuhan terdahulu berbanding US dolar.

Peningkatan yang sama turut dilihat dalam dagangan euro yang didagangkan meningkat pada sekitar harga 1.0965 berbanding greenback.

Mata wang pound juga menokok pada sekitar harga 1.2423 berbanding US dolar ketika tumpuan pasaran kini beralih kepada terbitan data inflasi UK pada hari Rabu.

Data pekerjaan yang baru diterbitkan menunjukkan kadar pengangguran UK meningkat kepada 3.8% dalam tempoh tiga bulan hingga Februari.

Sementara itu, dolar loonie kekal didagangkan lebih kukuh menjelang keluaran data inflasi Kanada pada sesi New York akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat