Janji Brexit Dorong Pengukuhan Pound Pada Sesi Eropah

191

Keyakinan untuk mencapai perjanjian bertambah apabila Presiden AS Donald Trump memberitahu bahawa perjanjian fasa pertama ‘semakin hampir’. Penasihat Keselamatan Negara AS, Robert O’Brien juga menambah keyakinan dengan menyatakan kemungkinan perjanjian dapat dicapai sebelum akhir tahun.

Sementara itu, dalam usaha untuk menangani salah satu faktor penghalang dalam rundingannya dengan Amerika Syarikat, China dilaporkan akan meningkatkan hukuman ke atas pelanggaran harta intelek.

China menyasarkan akan mengurangkan kekerapan pelanggaran harta intelek menjelang 2022 dan merancang untuk memudahkan mangsa mendapat pampasan.

Susulan itu, dolar Amerika diniagakan mengukuh berbanding matawang safe-haven yen pada sesi Eropah. Bagaimanapun, dolar USD didagangkan rendah berbanding matawang utama lain dengan indeks dolar menyusut kepada 98.23.

Dagangan pound telah disokong oleh keyakinan untuk tercapainya Brexit apabila PM UK Boris Johnson melancarkan manifesto dengan berjanji akan membawa perjanjian Brexitnya kembali ke parlimen sebelum perayaan Krismas, jika berjaya memenangi majoriti dalam pilihan raya Disember nanti.

Ini telah menambah keyakinan untuk berlakunya Brexit berikutan calon parti Johnson telah berjanji untuk mengundi di Parlimen bagi meluluskan perjanjian tersebut. Pound diniagakan tinggi berbanding beberapa matawang utama lain pada sesi Eropah.

Di sisi lain, dolar Australia dan dolar New Zealand diniagakan berhati-hati berbanding USD selepas meraih pemulihan pada dagangan sesi Asia. Walaupun terdapat perkembangan positif dalam isu perdagangan, pasaran juga turut dihujani dengan berita yang bercampur-campur.

Reuters melaporkan mengenai kemungkinan bahawa perjanjian perdagangan fasa kedua tidak akan berlaku, memandangkan kedua-dua negara masih bergelut untuk mencapai perjanjian fasa pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat