Sentimen Optimis Rundingan Dagang AS-China Dorong Kenaikan Pada USD/JPY

219

Pelabur kekal berwaspada dalam mengikuti perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China memasuki minggu terakhir untuk bulan November.

Meredakan sedikit kebimbangan, kenyataan oleh kedua-dua pemimpin dari dua negara kuasa besar dunia itu adalah bernada optimis.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan perjanjian fasa pertama bersama China semakin hampir ditandatangani.

Sentimen positif telah menyokong dagangan dolar USD sementara matawang safe-haven Yen diniagakan lemah pada awal minggu.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga bergerak mendatar pada Khamis dan Jumaat lalu di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).

Menyambung dagangan pada minggu ini, harga telah berjaya membuat kenaikan untuk keluar dari zon mendatar harga minggu lalu seawal sesi Asia bermula.

Pergerakan harga mula perlahan memasuki pasaran pada Sesi Eropah sekitar paras harga 108.850.

Jika harga kekal meneruskan momentum kenaikan, harga bakal menuju ke paras tumpuan 109.000 yang berada pada zon SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi akan menuju zon SBR seterusnya ke paras sekitar 109.200. Zon resistance pada 109.500 di paras yang lebih tinggi turut akan menjadi destinasi tumpuan harga yang seterusnya.

Namun jika harga kembali membuat penurunan, harga akan cuba turun lebih rendah melepasi garisan sokongan MA50 sebelum menuju zon support sekitar 108.300.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat