Kadar Pembakaran SHIB Meroket 1,000% Dalam Semalaman, Apa Reaksi Harga?

623

“Haih bilalah agaknya harga SHIB nak naik tinggi lagi ni.”

Sejumlah besar Shiba Inu (SHIB) yang dikeluarkan daripada jumlah bekalan edarannya telah menyebabkan memecoin kedua terbesar tersebut menyaksikan pendakian ketara sebanyak 947% dalam tempoh 24 jam lalu.

Menerusi data dikeluarkan oleh Shibburn, jumlah bilangan SHIB yang dihantar ke wallet tiada siapa boleh akses adalah melebihi 164 juta manakala kadar pembakaran terkini meningkat hampir 1,000% berbanding angka semalam.

Pasukan di belakang SHIB telah menerima pakai program pembakaran dalam usaha untuk mengurangkan bekalan edaran token, oleh itu ia berpotensi menjadikan memecoin tersebut lebih terhad dan berharga pada masa hadapan.

Memang tidak dinafikan kadar pembakaran SHIB telah mengalami lonjakan besar, tetapi harga memecoin tersebut malangnya masih bergerak mendatar dalam tempoh dua minggu lalu.

Bagaimanapun, penganalisis dan pakar berpandangan harga SHIB mungkin akan bangkit semula sebaik sahaja Shibarium melihat penerimaan dan penggunaan secara besar-besaran.

Umum mengetahui syarikat terkenal seperti pembuat jam tangan mewah Switzerland Tag Heuer telah menggunakan SHIB sebagai kaedah pembayaran manakala penduduk Texas pula dibenarkan untuk membayar bil panel solar dalam pelbagai aset digital termasuk memecoin.

Penyelesaian penskalaan layer-2 Shibarium juga telah melalui beberapa peringkat pembangunan, di mana tidak lama dahulu, memecoin tersebut berjaya melepasi tiga juta pencapaian dalam jumlah transaksi.

Sehingga berita ini ditulis, harga SHIB mencanak sebanyak 2.26% pada paras $0.000007 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $4 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 1.52% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat