Kali Ini TikTok Lancarkan Koleksi NFT Pula!

544

TikTok mara lagi ke dalam industri kripto dengan pelancaran koleksi non-fungible token (NFT) yang pertama pada hari ini.

Koleksi yang dinamakan sebagai TikTok Top Moments dibangunkan dengan kerjasama bersama pencipta kandungan, selebriti, dan entiti dalam talian seperti Lil Nas X, Bella Poarch, dan Grimes.

TikTok Top Moments akan memaparkan enam video TikTok paling popular dalam bentuk NFT secara one-of-one dan akan dilelong bersama beberapa NFT edisi terhad sepanjang Oktober.

Dikhabarkan hasil keuntungan penjualan akan disalurkan secara langsung kepada pencipta kandungan dan artis NFT.

Manakala selebihnya akan diserahkan kepada pihak pengurusan penjualan set NFT, Immutable X dan pengurus permasaran koleksi TikTok Top Moments, Museum of the Moving Image.

Ini bermakna, TikTok tidak akan menerima sebarang hasil daripada usaha yang diketengahkan.

Lelongan koleksi NFT oleh TikTok akan berlangsung pada 6 Oktober, bermula dengan Lil Nas X dan diikuti oleh beberapa artis lain.

Bagaimanapun, video-video ini akan mula ditayangkan di Museum of the Moving Image pada hari ini sehingga 5 Oktober.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat