Kehidupan Manusia Dijangka Normal Akhir Tahun Depan – BioNTech

1,424

Pengasas BioNTech menjangkakan kehidupan manusia akan kembali normal menjelang akhir tahun hadapan berikutan impak keberkesanan vaksin baharu Covid-19 yang bakal dihasilkan kelak.

Lapor BBC memetik Prof. Ugur Sahin sebagai berkata, beliau juga mengharapkan vaksin itu akan mengurangkan penularan virus itu dan juga jumlah kes.

Minggu lalu, BioNTech dan pembangun bersama Pfizer memaklumkan analisis awal menunjukkan vaksin mereka mempunyai keberkesanan sebanyak 90%. Kira-kira 43,000 mengambil bahagian dalam ujian terbabit.

Dalam satu temubual bersama wartawan BBC, Sahin berkata analisis lanjutan akan dibuat bagi menunjukkan vaksin itu boleh mengurangkan penularan antara manusia serta mengekang simptom Covid-19 dalam badan seseorang.

“Saya begitu yakin penularan antara manusia akan dikurangkan oleh vaksin yang mempunyai kesan efektif yang tinggi, mungkin bukan 90% tetapi mungkin 50% tetapi kita sewajarnya jangan lupa bahawa ia boleh mengurangkan penularan pandemik,” katanya.

Tambah Sahin, sekiranya semua berjalan lancar, vaksin itu akan mula diedarkan menjelang akhir tahun ini atau awal tahun hadapan.

Beliau berkata matlamat utamanya adalah menghantar lebih 300 juta dos vaksin ke seluruh dunia menjelang April tahun hadapan.

Bagaimanapun, vaksin yang dihasilkan oleh Sahin memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa dan hanya akan diberikan sekiranya mereka berpuas hati dengan tahap keberkesanan serta keselamatan vaksin terbabit.

Selain itu, tiada data yang menunjukkan keberkesanan vaksin itu terutamanya terhadap golongan yang paling memerlukan iaitu warga emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat