Kejutan Di Sesi Asia, GBP/JPY Tiba-Tiba Melonjak Selepas Mesyuarat BOJ!

178

Pelabur Asia menyaksikan kejatuhan ketara nilai Yen, merosot semula daripada prestasi cemerlang yang telah dipaparkan pada minggu lalu.

Ini disebabkan oleh kesan reaksi pasaran terhadap mesyuarat bank pusat Jepun di sesi Asia sebentar tadi.

Ketika pelabur menjangkakan bakal berlaku perubahan pada dasar monetari, Bank of Japan (BOJ) memutuskan untuk mengekalkan polisi longgar mereka dan menyaksikan kadar faedah tidak berubah di paras rendah pada -0.10%.

Jangkaan meleset itu kembali menjunamkan semula nilai Yen sebentar tadi dan berlaku pergerakan drastik pada carta-carta harga utama.

Seperti carta harga pasangan mata wang GBP/JPY, harga telah melonjak dari bawah paras 157.700 sehingga mencapai paras 161.500.

Pada dagangan Selasa semalam, isyarat awal perubahan trend bullish harga telah dinilai ketika harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY itu.

Pada sesi Eropah semalam juga, harga sedikit meningkat ketika laporan data pekerjaan UK yang agak positif menyokong harga bergerak ke atas, namun terhalang di paras rintangan 157.700.

Tumpuan pada sesi Eropah petang ini pula akan terarah pula pada terbitan data inflasi UK yang dilihat akan turut mempengaruhi arah pergerakan harga ke sesi berikutnya.

Berdasarkan lonjakan yang dipaparkan, kenaikan harga dijangka akan diteruskan lebih tinggi untuk ke paras rintangan seterusnya pada 162.00.

Melepasi paras berikut akan mendorong kenaikan harga yang mensasarkan sehingga ketinggian pada 164.500.

Namun jika situasi berubah dan menyaksikan harga menjunam semula, harga dilihat akan susut di bawah paras 160.500 untuk menuju kembali ke paras tumpuan 157.700 sebelum ini.

Susut lebih rendah akan mencetus isyarat bearish buat harga dan berkemungkinan mencecah ke zon support pada 155.700.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat