Kemenangan Berpihak Kepada Ripple? Mahkamah Tolak Usul SEC!

810

“Adakah XRP akan menang dalam masa terdekat ini?”

Komuniti Ripple (XRP) mungkin bakal menemui kemenangannya susulan hakim dilaporkan menolak usul Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) yang ingin menutup rekod perbincangan dalamannya berikutan ucapan bekas pengarah William Hinman.

Pada 22 Disember 2022, SEC telah memfailkan usul untuk menutup e-mel dalaman, mesej teks dan laporan pakar berkenaan ucapan bekas pengarah SEC itu atas alasan mengatasi hak awam susulan mengakses dokumen tidak berkaitan dengan keputusan summary judgement mahkamah.

Namun, Hakim Analisa Torres di Mahkamah Daerah AS menegaskan bahawa dokumen tersebut adalah dokumen kehakiman yang tertakluk pada akses awam sambil menambah ucapan Hinman itu harus didedahkan kerana ia akan mempengaruhi keputusan mahkamah.

Selain tu, Hakim Torres turut menolak hujah tidak berasas SEC dan berkata bahawa dokumen ucapan Hinman sama sekali tidak akan dilindungi oleh keistimewaan susulan ia tidak berkaitan dengan kedudukan, keputusan atau dasar agensi.

Walaupun mahkamah memutuskan dokumen ucapan Hinman didedahkan kepada umum, mereka telah meluluskan dua permintaan SEC yang ingin mendapatkan redaksi nama dan maklumat pakar SEC dan pengisytihar pelabur XRP termasuk maklumat peribadi serta kewangan defendan.

Pun begitu, XRP menganggap ucapan Hinman tersebut sebagai bukti penting dalam pertempuran undang-undang berterusan dengan SEC yang mendakwa bahawa penjualan aset digital itu melanggar undang-undang sekuriti AS.

Susulan berita berikut, harga XRP kini berjaya melonjak sebanyak 7.20% pada paras $0.45 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $1 bilion seterusnya raih sekitar 5.28% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat