Kenapa CZ Tiba-Tiba Unfollow Twitter Elon Musk? Bergaduh Ke?

168

“Selalunya orang tak bergaduh berpanjangan, lama-lama baik la tu.”

Susulan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance Changpeng Zhao (CZ) secara tiba-tiba sudah tidak mengikuti (unfollow) akaun Twitter pengasas Tesla dan SpaceX Elon Musk, seorang individu memberi beberapa teori yang mungkin menyebabkan hubungan kedua-dua jutawan itu berada dalam keadaan tegang.

Menurut pengguna akaun Twitter digelar Lucra, CZ dikatakan bertindak sebegitu selepas Musk menjemput sebuah syarikat pelaburan sosial kripto iaitu eToroUS untuk menjadi rakan kongsinya dan bukannya Binance.

Kerjasama tersebut bukan sahaja dapat membenarkan pengguna mengakses kripto atau saham secara mudah daripada Twitter malah mereka juga boleh melihat, membeli dan menjual sesuatu aset digital itu melalui eToro.

Namun, Binance mungkin tidak berpuas hati susulan bursanya telah menghulurkan pelbagai bantuan kepada Musk, antaranya adalah menyumbang $500 juta untuk tolong beliau peroleh Twitter pada tahun lepas dan mengatur penyelesaian berasaskan blockchain.

Selain itu, pengguna Twitter lain membuat spekulasi bahawa CZ tidak bersetuju dengan hala tuju Musk yang meletak jawatan sebagai CEO untuk diberikan tanggungjawab itu kepada Linda Yaccarino, iaitu bekas eksekutif di NBC.

Sementara Musk yang menyiarkan meme berkaitan PEPE di Twitter pada hujung minggu lepas dijangka adalah satu sebab Binance kurang menyukainya.

Hal ini kerana Twitter yang rancang melancarkan wallet kripto tersendiri mungkin akan menampilkan PEPE sebagai mata wang utamanya ditambah pula Musk pergi ke Perancis untuk bercakap dengan Presiden Emmanuel Macron, di mana akaun PEPE disahkan berada di negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat