Kenapa Deribit Deposit 10,000 ETH Dalam Syarikat Bankrap?

124

Hmmm sungguh musykil, kenapa Deribit ni nak deposit dana dekat syarikat yang dah musnah?

Setiap hari pasti dikejutkan dengan berita baharu mengenai kejatuhan syarikat exchanger mata wang kripto FTX yang masih disebut oleh kebanyakan pelabur sehingga kini.

Pendedahan isu terkini pula adalah berkenaan syarikat exchanger kripto derivatif*, Deribit  yang dilaporkan telah membuat transaksi mencurigakan bernilai $12 juta pada 10,000 Ethereum (ETH) sejak 10 Disember lagi.

*Pembeli dan penjual mengikat kontrak untuk menjual aset asas.

Dimaklumkan bahawa Deribit bertindak mendeposit dana berikut ke dalam wallet address  0xF02…0713 yang dikenal pasti adalah daripada  “Alameda Research: Wallet”.

Namun sehingga kini Deribit enggan memberi sebarang maklum balas mengenai transaksi tersebut walaupun mereka sebelum ini bertegas tidak mempunyai kaitan dengan Alameda Research, syarikat yang turut diasas oleh bekas Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) FTX, Sam Bankman-Fried (SBF).

Malah, Deribit turut menafikan dakwaan yang mengatakan syarikatnya mempunyai sejumlah aset digital dalam FTX  termasuk Solana (SOL) yang mempunyai kaitan dengan Alameda Research.

Pada sisi berbeza, FTX dan Alameda Research telah melabur dalam beberapa syarikat permulaan kripto seperti  TrueFi, Magic Eden, Burnt Finance, Parallel Finance, Solfarm, Sundaeswap dan Sahicoin manakala syarikat bukan kripto adalah SpaceX serta The Boring Company Elon Musk.

Keseluruhan nilai pelaburan yang dibuat FTX dan Alameda Research dianggarkan adalah sebanyak $5.4 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat